Buku Review: The Keepers - The Box and the Dragonfly


Seperti Harry Potter di awal kemunculannya, buku ni ditargetkan untuk kanak-kanak berusia 13 hingga 15 tahun macam tu sebab watak utamanya pun baru je berumur 14 kalau tak silap aku. Apa yang membuatkan aku tertarik ngan buku ni adalah disebabkan oleh sipnosisnya. Mengingatkan aku dengan Narnia. Yang bezanya, ia berlaku di dunia realiti tetapi dihuni juga oleh makhluk2 aneh yang inginkan kuasa objek2 terpilih. Meh baca reviewnya!

Tajuk: The Keepers: The Box and the Dragonfly
Penulis: Ted Sanders
Bilangan Muka Surat: 527
Genre: Fantasi Kanak-Kanak
Harga: RM39.90
Blurb:
                        "Artifacts. Miseries. Mysteries."

Sinopsis Ringkas:
Horace adalah budak biasa yang pergi ke sekolah, pulang ke sekolah naik bas tetapi selalu terlupa kunci rumah yang dibawanya. Satu hari tu, dia ternampak signboard yang tertulis namanya, 'Horace F. Andrew' semasa menaiki bas. Dari situ, dia mula mencari sebab yang akhirnya membawanya ke sebuah tempat bernama 'House of Answers'. Dia dibenarkan untuk membawa satu je objek dari tempat tu yang mana hatinya ditarik oleh sebuah kotak kecik. Dari hari ke sehari, dia mula menyedari apa yang kotak itu boleh lakukan dan kuasa itu membawa Horace kepada perkenalannya dengan seorang budak perempuan bernama Chloe yang juga mempunyai objek yang sama. Pelbagai persoalan timbul. Apakah objek misteri itu? Kenapa mereka yang memilikinya? Dan siapakah lelaki aneh yang sentiasa memerhatikan mereka?

Cover: 5/10
Kalau tengok sekali imbas, cover ni biase2 aje seperti buku kanak-kanak yang lain. Honestly, ia tak menarik perhatian aku masa first time aku scroll di website mph. Tapi terima kasih kepada sinopsisnya yang agak best, aku pun terpengaruh lalu membelinya. Dan adakah aku menyesal? Tidak sama sekali.

Gaya Penulisan: 8/10
Menggunakan kata ganti nama ketiga, Sanders menulis menggunakan ayat yang ringkas, mudah difahami dan menarik perhatian sehinggakan aku mampu menghabiskan buku ni dalam sehari. Sampai pagi aku bacanye sebab nak tau apa yang berlaku seterusnya. Sesungguhnya 'Word is Art'. Hanya penulis yang berbakat dan berpengalaman je yang pandai menggunakan ayat untuk menarik pembaca dan Sanders adalah salah seorang daripadanya.

Plot Penceritaan: 8/10
Penuh dengan aksi, misteri dan juga kejutan yang memaksa aku untuk membacanya sampai habis dalam sehari. Rasa tak puas je kalau tak tau apa yang berlaku seterusnya. Walaupun berlaku dalam dunia kite ni, tapi disebabkan cabaran yang sentiasa ditempuhi oleh dua hero kite ni, plot penceritaan menjadi semakin panjang dan tak membosankan. Korang akan tertanya-tanya apa yang akan dilakukan dan apa yang akan berlaku seterusnya.

Karakter: 8/10
Horace, boleh korang gelarkan sebagai budak nerd sebab sukakan sains dan logikal tapi die takla seannoying Michael dalam siri The Book of Beginning sebab die jenis yang sentiasa mencari sebab dan punca. Mungkin sebab dia minat kepada sains, Horace adalah antara yang mempunyai objek yang power kuasanye. Tapi slow2, dia bula belajar yang setiap kali power tu digunakan, ade consequences yang akan menyusul. Die belajar, walaupun pernah jatuh tapi Horace sentiasa bangun dan teguh dengan pendiriannya. Series, aku fall in love (Muahaha >.<) Dan untuk heroinnya plak, Chloe bukan budak perempuan yang ala2 manja ataupun kerek tapi disebabkan kuasa objeknya, dia menggalas tanggungjawab yang besar demi keselamatan keluarganya. Dia mungkin selfish, sentiasa menipu atau main lepas cakap, tapi Chloe merupakan heroin yang sangat setia, berani dan tak mudah tunduk dengan ancaman. Kick-ass heroin!!

Percintaan: 2/10
Ini adalah buku adventure untuk middle grade ye kawan-kawan, so cintan cintun itu idak le ade. Tapi ade hint berkaitan perasaan Horace kepada Chloe, walaupun sangat halus. Malangnya buku ni cuma ade dua siri je (setakat ini), jadi aku tak dapat meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat perkembangan hubungan dieorang - sama ada masih kekal kawan atau lebih dari itu. Kalau buku ni panjang macm Harry Potter pun aku sanggup beli.

Keseluruhan: 8/10
Mula2 baca, series macam tak best sangat. Tapi lama-lama, korang akan tersangkut dengan jalan ceritanya, pastu tak sabar-sabar nak habis baca. Bagi aku la. Dah habis baca plak, korang akan tak sabar pulak nak baca sekuelnya. Overall, a nicely done book for middle grade but with a twist and adventure that worth reading for young adult.

Rekomen Website: mphonline.com

Sekuel: The Keepers: The Harp and The Ravenvine
Buku Review: The Keepers - The Box and the Dragonfly Buku Review: The Keepers - The Box and the Dragonfly Reviewed by miira sama on 8:32 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Hello everyone, Are you into trading or just wish to give it a try, please becareful on the platform you choose to invest on and the manager you choose to manage your account because that’s where failure starts from be wise. After reading so much comment i had to give trading tips a try, I have to come to the conclusion that binary options pays massively but the masses has refused to show us the right way to earn That’s why I have to give trading tips the accolades because they have been so helpful to traders . For a free masterclass strategy kindly contact (paytondyian699@gmail.com) for a free masterclass strategy. He'll give you a free tutors on how you can earn and recover your losses in trading for free..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.