Pengalaman Membayar Cukai Kastam

*Gambar ini bukan milik aku. Disclaimer: Pos Laju Bintulu

Sebelum aku terlupa, aku akan ceritakan pengalaman aku membayar cukai kastam buat pertama kalinya dalam hidup aku. Huhu, tak tau la aku nak bayar lagi ke idak kan.

Jadi alkisahnya bermula selepas aku menerima kad jemputan eh, silap2...hehe, kad yang mengkhabarkan item yang aku beli dari luar negara telah ditaksir dan dikenakan cukai kastam. Aku macam terkaku sekejap. Aku? Kena cukai kastam? Cenggitu la perasaannya? Nak mencarut pun, terpaksa disensor di sini. Kekeke. Sebab gabra sangat, aku mintak tolong encik google dan info yang aku terima ade pelbagai pulak.

*Kad jemputan yang aku terima. Hew~

Info 1: Minyak Wangi tidak dikenakan cukai kastam. (Blog tak silap aku pada tahun 2012)

Info 2: Beli item lebih RM500, akan ditahan dan dikenakan cukai. (Okey, damn)

Info 3: Minyak wangi dikenakan cukai sehingga 10%

Info 4: Kalau item ditahan, perlu ejen untuk mengambil barang. Kos akan bertambah disebabkan caj pengunaan ejen iaitu Pos Laju.

So, untuk merungkai persoalan di hati, aku pun menelefon Pos Laju Bintulu. Kot-kot barang aku dah sampai. Sambung je, sore mamat yang macam malas je menjawab. Aku pun sabar je. Tanya sepatah, jawab sepatah. Last-last, die suroh aku datang sendiri ble aku tanye brape aku kene. Yelah, mestila ready duit awal2. Kang kene RM500, ha...mane aku nak dapat duit time tu.

Esoknye, aku pergi Pos Laju berbekalkan duit RM200. Sampai je, aku tunjukkan kad tu, pastu dieorang suruh tunggu. Dalam 10 minit camtu, dieorang panggil masuk dalam sebuah bilik yang empunya adalah seorang pegawai kastam. Pangkat mak cik2. Masuk je, die tanye aku ape brang dalam tu. So, aku gitau la minyak wangi mak cik. Die tanye lago, nape beli dari luar negara. Wooh, seram jugak soklan tu. Aku jawab la apa yang patut sebab rege oversea murah sikit. Kononnye.

*Ha, nampak tu. Ade cop ditahan. Nasib tak perlukan ejen nak bebaskan tahanan.

Pastu, die suruh bukak kotak tu depan die. Sambil2 tu berborak la jugak tanye minyak wangi ape, sape jugak yang order, untuk personal ke jual... Hm, kalau jual lain pulak caj kot. Aku bernasib baik gak Fragrancex.com, company yang aku beli ni tak letak harga or resit dalam kotak tu. So bile die tanye, aku just jawab dalam RM980 lebih camtu. Tak ingat sangat la mak cik. Huhu... Memang tak ingat pun time tu. Lepas tolak, kira, tambah, dan sebagainye, aku kene bayar RM90.20. Cukai yang dikenakan adalah sebanyak 5%. Kata mak cik tu, sekarang lebih murah sebab ada GST. Dulu2 10%. Aku ye kan aje. Nasib baik dlm RM100 je. Aku dah cuak dah kalau kene bayar separuh dari rege order. Kalau camtu baik aku beli local je! Kataku di dalam hati tapi nasib baik tak.

Dalam dok membaca website dan blog pasal cukai kastam ni, yang aku fahamla;

1. Jangan beli barang lebih dari RM500 kalau tak nak kene cukai.

2. Better asingkan item. Maksudnye, suruh supplier hantar secara berasingan. Tapi agak mahal sebab perlu bayar setiap caj penghantaran.

3. Minyak wangi dikenakan 5% CUKAI. Hoho, meraung sekejap.

Kalau beli sebotol je, macam mana? Hm, korang dah pernah beli dari luar negara?

Pengalaman Membayar Cukai Kastam Pengalaman Membayar Cukai Kastam Reviewed by miira sama on 2:07 AM Rating: 5

7 comments:

  1. Nak tanya..berapa hari ye boleh sampai kalau beli perfume tu?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. nak tnya.. kalau kte pos kesana.. kne cukai jugak ke? n boleh ke pos kesana??

    ReplyDelete
  4. Takutnya. Dah beli baru tahu pasal barang boleh tahan dengan kastam.

    ReplyDelete
  5. Takutnya. Dah beli baru tahu pasal barang boleh tahan dengan kastam.

    ReplyDelete
  6. Takutnya. Dah beli baru tahu pasal barang boleh tahan dengan kastam.

    ReplyDelete
  7. Hello everyone, Are you into trading or just wish to give it a try, please becareful on the platform you choose to invest on and the manager you choose to manage your account because that’s where failure starts from be wise. After reading so much comment i had to give trading tips a try, I have to come to the conclusion that binary options pays massively but the masses has refused to show us the right way to earn That’s why I have to give trading tips the accolades because they have been so helpful to traders . For a free masterclass strategy kindly contact (paytondyian699@gmail.com) for a free masterclass strategy. He'll give you a free tutors on how you can earn and recover your losses in trading for free..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.