Buku Review: The Young Elites

Buku ni adalah antara buku yang paling cepat habis dibaca. Kirenye dalam sehari tu buku ni dah boleh letak balik kat shelf. Apa maksudnye? Yes, buku ni best dan paling penting bagi aku, senang nak difaham. Apa kisahnya buku ni? Jom kite belek2!

Tajuk: The Young Elites
Penulis: Marie Lu
Bilangan Muka Surat: 355
Genre: Fantasi Gelap, Dendam
Blurb:
"I am tired of being used, hurt and cast aside. It is my turn to use. My turn to hurt"

Sinopsis Ringkas:
Adelina adalah salah seorang survivor Blood Fever, satu penyakit yang melanda negara Adelina. Mostly, penduduk yang menghidapinya mati tapi ramai kanak-kanak yang terselamat, dan ada antara dieorang berubah rupa paras. Adelina hilang sebelah matanya dan rambut hitamnya berubah jadi putih. Disebabkan tu, bapaknya benci sampai mahu menjual Adelina berbanding adiknya, Violet yang ditimang2. Sebabkan kebencian tu, Adelina membunuh bapaknya dan at last sedar yang die ade power untuk menghasilkan ilusi.
Diselamatkan oleh sekumpulan remaja yang gelarkan diri dieorang 'Dagger Society', Adelina mula belajar cara untuk kawal kuasa dia untuk tujuan membantu putera terbuang, Enzo merampas kembali takhtanya. Namun, ia tidak semudah yang dijangka apabila power Adelina ditakuti oleh ahli Dagger Society yang lain. Die sedaya upaya untuk tunjukkan yang die boleh diharap dan tidak sekejam seperti powernya tapi...

Cover: 4/10
Covernya sangatlah ringkas. Cuma font ngan background awan. Seriously, aku tak tertarik langsung dengan cover die tapi disebabkan sinopsis yang mantap, jadi aku pun membelinya. Betullah kata orang, 'Don't judged the book by its cover'.

Gaya penulisan: 8/10
Buku ni gunakan kata diri pertama, dari perspektif tiga watak iaitu Adelina, Enzo ngan Raffaele. Gaya penulisannya Lu adalah antara yang aku suka sebab senang nak faham, ringkas dan kena dengan situasi. Kalau korang baca, korang takkan sedar yang korang dah nak habis baca sebab best!

Plot Penceritaan: 8/10
Buku ni series lain daripada yang lain. Bukan dari sudut protagonis, tapi antagonis. Tak semua penulis berani bet untuk buat buku yang berdasarkan perspektif antagonis. Dari pandangan Adelina, kite akan dapat rasa apa yang die rasa, kebencian dan amarah plus hasrat dendam yang membuak-buak sebab selalu diketepikan dan dianaktirikan. Dari seorang budak perempuan yang comel, Adelina berubah menjadi seorang yang pentingkan diri sebabkan bapaknya. Well, sume perubahan tu berpunca daripada sikap pilih kasih bapak die yang sentiasa lebihkan adik die.

Karakter: 7/10
Sebab apa point die kurang daripada yang atas? Ha, sebab reason untuk Adelina menjadi evil tu agak tidak kukuh. Hanya sebab bapaknya lebihkan adik die, die jadi jealous. Hanya sebab bapak die nak jual die ngan orang lain, die bunuh bapak die. Apa yang Adelina alaminya cumalah penderaan emosi je. Bagi aku, tu tak kuat. Lainlah kalau die dipukul ke, diterajang ke. Tu boleh lagi diterima. karakter lain macam Enzo adalah watak hero tipikal. Putera kacak yang sepatutnya jadi raja tapi dibuang sebab tamak haloba adik yang lain. Ahli Dagger Society yang lain ada perangai masing2, ada yang suka Adelina, ade jugak yang benci die. Tapi paling aku tak suka adalah Raffaele. Kamon, kalau aku jadi Adelina memang aku bunuh mamat tu awal2. kekeke, kejam tak aku? Kenapa? Hehe, sila baca sendiri.

Percintaan: 6/10
Buku ni takde cinta tiga segi. Adelina suka Enzo, Enzo suka Adelina. Kat pertengahan buku baru muncul bibit2 cinta yang pada penghujungnya, tak kesampaian...

Keseluruhan: 7/10
Best, mudah dibaca, laindaripada yang lain. Abaikan reason Adelina jadi evil, korang akan puas hati baca buku ni pastu tak sabar2 nak baca sekuelnye. Yang bagusnya, sambungan buku ni dah keluar tahun lepas. Buku terakhir, kite perlu tunggu taun ni pulak. Malangnye, tarikh ngan cover belum keluar. So bayangkan bile agaknye buku ni nak publish. Penghujung taun agaknye.

Rekomen website: mphonline.com

Sekuel:
The Rose Society

Lakaran watak utama buku ni yang dilukis oleh penulis ni sendiri.


Buku Review: The Young Elites Buku Review: The Young Elites Reviewed by miira sama on 10:35 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Hello everyone, Are you into trading or just wish to give it a try, please becareful on the platform you choose to invest on and the manager you choose to manage your account because that’s where failure starts from be wise. After reading so much comment i had to give trading tips a try, I have to come to the conclusion that binary options pays massively but the masses has refused to show us the right way to earn That’s why I have to give trading tips the accolades because they have been so helpful to traders . For a free masterclass strategy kindly contact (paytondyian699@gmail.com) for a free masterclass strategy. He'll give you a free tutors on how you can earn and recover your losses in trading for free..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.