Buku Review: The Emerald Atlas (The Book of Beginning)

Uik, macam dah berkurun pulak tak hapdate blog ni. Kesian pulak dibiarkan lelame tak disinggah oleh tuannye. Opps, Selamat Tahun Baru semua! Seperti biasa, azam tahun yang lepas dianjak kepada tahun ni pulak. Yang bezanya tahun ni nak pasang braces! Yeay! Walaupun umo dah 27, masih belum terlambat lagi ye kengkawan kalau nak pakai hewhew~

Okey, untuk pembukaan tahun ni aku akan review trilogi buku 'The Books of Beginning' karya John Stephens. Buku ni sebenarnya dah lama, diterbitkan pada tahun 2011. Kisahnya tetibe tengok movie The Chronicle of Narnia pada satu hari tu dan tetibe jugak nak carik buku yang persis cerita ni. Maka, terjumpalah karya si Stephens nih. Jom tgk brape bintang aku kasik!

Tajuk: The Emerald Atlas (Buku Pertama The Books of Beginning)
Penulis: John Stephens
Bilangan muka surat: 417
Genre: Fantasi, kekeluargaan, dua dunia

Blurb: "Three Children, Two worlds, One Prophecy"

Sinopsis Ringkas:
Tiga orang adik-beradik, Kate, Michael dan Emma dibesarkan tanpa ibu bapa yang hilang pada 10 tahun yang lalu. Dieorang berpindah dari sebuah rumah anak yatim ke anak yatim sampailah dihantar ke Cambridge Falls. Di tempat tu, dieorang terjumpa sebuah buku yang dengan tetibenye menghantar dieorang ke masa lepas Cambridge Falls. Kat sana, dieorang berjumpa dengan Witch yang jahat, Wizard yang bijak dan Dwarves yang berani. Rupanya dieorang bukanlah budak yang biasa tetapi Keeper kepada setiap buku magik tu. Tapi, siapa yang nakkan dieorang mati masa kecik?

Cover: 8/10
Cover dia memang cantik dan cun sangat! Ala2 fantasi gitu dengan cahaya2 magik dan kaler yang memang faveret aku. Huhu ^^. Tapi kan, buku ni dah ada macam2 cover setiap kali ia diterbitkan semula. Tapi bagi aku, yang ni paling best!

Gaya penulisan: 7/10
Gaya penulisan dia memang ringkas dan senang sebab ia ditargetkan untuk kanak-kanak umur 10-12 tahun camtu. Tapi ada jugak part yang memang langsung xde noktah, asyik koma je sampai habis. Memang pening sikit nak baca. Tapi overall, bagi yang English agak bebal (huhu) macam aku nih, elok sangatlah buku ni.

Plot Penceritaan: 7/10
Kisah die agak tipikal, Yelah, dunia luar, ada prophecy, ade power. Tapi yang menariknya setiap adik-beradik tu jadi pemilik setiap buku tu. Tapi kenape 3 ye? Harry potter pun 3. Charmed pun 3. Ye, aku tak paham. Setakat ni baru baca buku pertama, tapi menyeronokkan sebab banyak action. Bab magik tu yang kurang. Yang ade magik cumalah Witch tu dengan Wizard. yang lain hampeh.

Karakter: 7/10
Buku pertama ni semua masih mentah dan agak annoying especially yang bongsu. Asyik meragam je pastu melenting tak tentu pasal. Mungkin sebab masih mude kot, yelah baru umo 11 ke 10 macam tu. Yang sulung baru 14. Tapi ikatan kekeluargaan dieorang memang ohsome. Yang si kakak memang jaga betul2 adik2 dia walupun ada macam2 perangai. Tunggu dua buku lagi mungkin dieorang akan matang.

Percintaan: 0/10
Okey, ini buku untuk budak2. Haha, jadi cintan cintun tak main ya. Tapi kite tunggu buku yang lagi satu. hehe, mana tau ada bagi peminat romance2 nih.

Keseluruhan: 7/10
Sangat recommended! Bagi peminat Narnia, memiliki buku ini is a must. Rating 7 tu dah cukup tinggi bagi aku. 10 tu tak mungkin nak bagi. yelah, mana ada yang perfect kat dunia ni melainkan Allah SWT. So, yang luar sana masih tercari2 buku merentasi dunia lain dan penuh makhluk magik macam elf, dwarf, wizard, witch etc... bolehlah beli buku ni kat bookdepository.com. (sebelum duit Malaysia jatuh lagi...T.T) Dekat MPHOnline xde ye uols. Aku dah carik dah. Yang ada cuma ebook je.

Sekuel:
The Fire Chronicle
The Black Reckoning



Buku Review: The Emerald Atlas (The Book of Beginning) Buku Review: The Emerald Atlas (The Book of Beginning) Reviewed by miira sama on 8:02 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Hello everyone, Are you into trading or just wish to give it a try, please becareful on the platform you choose to invest on and the manager you choose to manage your account because that’s where failure starts from be wise. After reading so much comment i had to give trading tips a try, I have to come to the conclusion that binary options pays massively but the masses has refused to show us the right way to earn That’s why I have to give trading tips the accolades because they have been so helpful to traders . For a free masterclass strategy kindly contact (paytondyian699@gmail.com) for a free masterclass strategy. He'll give you a free tutors on how you can earn and recover your losses in trading for free..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.