Review: thebookdepository


Yeah! Post pertama untuk blog yang tidak semegah ini hewhew >.< Hari ni nak review pasal site luar negara yang jual buku secara online. Dah lama jugak cari website yang offer bukan je harga yang murah, tapi paling penting FREE SHIPPING! Ha, mana nak dapat offer cambest tu?

Alkisahnya tadi, aku dok cari buku title "Slayers" dari author CJ Hill sebab terbeli buku keduanya. Tidakla seronok membaca sequel tanpa mengetahui apa yang terjadi pada buku pertama. So, dengan hati yang berbuku geram sebab tak dapat baca, aku mencari la di kedai buku Popular (yang mana satu2 nya kedai buku di tempat tinggal aku nih) tapi tak jumpa. Tak berputus asa, aku cari kat laman web yang jual buku online dan jumpa Kinokuniya, MPHOnline dan theBookdepository (TBD) nih.

Di antara 3 website tuh, cuma TBD je yang ade. Tapi disebabkan tak pernah beli dari luar negara, ada rasa musykil di situ. Lepas membaca macam2 review yang mostly positive pasal website nih, digagahkan hati jugak untuk mencuba. Harga buku katanya 12.41USD, dalam RM44.80 la gitu.

Selepas membuat pembayaran pada 6 April dengan menggunakan kad debit (sebab x reti guna paypal), aku menerima email pada hari keesokannya mengatakan order telah pun diterima dan diproses. Pada 9 April, buku idaman hati telah pun selamat dihantar. Menurut website tu, penghantaran luar  negara mengambil masa 7-10 hari. Tapi berdasarkan review dari negara kite ni, ia mungkin mengambil masa sehingga sebulan. Terpulang juga kepada keberatan buku.

27 April, akhirnya buku telah selamat sampai di tangan gua! Horray!  Overall, penghantaran menggunakan khidmat AirMail dan mengambil masa selama 13 hari waktu bekerja (Isnin-Jumaat). Kalau korang dok Semenanjung, mungkin lebih cepat kot berbanding kat Sarawak nih. Buku lak dibungkus dalam plastik bubble wrap jadi korang tak payah risau pasal ronyok atau koyak.

Selain tu, TBD gak hadiahkan bookmark free untuk pembelian kali ni! Hehe, tak tau la untuk kali yang seterusnya. Selepas kejayaan pertama ni, list buku untuk dibeli semakin bertambah! Lol. Tapi, ada jugak buku yang lebi murah di MPHOnline. Kena pandai2 bandingkan harga. Contohnya, siri Ingo.

TBD: RM36.37               MPHOnline: RM32.90

Tapi yelah, tak termasuk postage. MPH ni bagus kalau korang nak beli banyak (lebih dari RM100) sebab diaorang offer free postage untuk Sabah/Sarawak. Kalau Semenanjung, RM50 je dah free. Plus, diaorang banyak offer diskaun untuk member. Setakat ni, belum lagi try kat MPH. Mungkin bulan baru ni boleh cuba *wink*wink*!

Sape2 yang berminat, boleh la gi website diaorang ni kalau na ushar buku2 yang mostly tak dijual kat Malaysia.
Review: thebookdepository Review: thebookdepository Reviewed by miira sama on 11:03 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Hello everyone, Are you into trading or just wish to give it a try, please becareful on the platform you choose to invest on and the manager you choose to manage your account because that’s where failure starts from be wise. After reading so much comment i had to give trading tips a try, I have to come to the conclusion that binary options pays massively but the masses has refused to show us the right way to earn That’s why I have to give trading tips the accolades because they have been so helpful to traders . For a free masterclass strategy kindly contact (paytondyian699@gmail.com) for a free masterclass strategy. He'll give you a free tutors on how you can earn and recover your losses in trading for free..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.