Pengalaman Memakai Braces: Appointment 1

Disclaimer: Encik Google

Seperti yang aku masukkan dalam azam tahun baru kali ini, aku akan memakai braces untuk memperbetulkan gigi yang aku yang series, tunggang langgang. Nak senyum pun aku segan apatah lagi nak ketawa. Muahaha! (Mampu ketawa thru keyboard je). Walaupun azam tahun-tahun sebelum ni tak pernah nak tercapai, tapi aku akan pastikan yang kali ini AKAN dipenuhi! Ngehehehe! Hm...tapi yang satu lagi tu tak tau akan tercapai ke tidak. Itu hanya Allah SWT je yang tau. Hehe, korang mesti dapat agak kan? Kekeke. Alright, post kali ini akan berperingkat sebab aku pun buat gigi ni by stage. Untuk korang2 yang dari Sarawak especially dari Bintulu dan nak buat braces, meh la baca post aku ni. Mungkin sedikit sebanyak akan menolong korang untuk tampak lebih yakin apabila tersenyum. Chewah!

Langkah Pertama: Survey Klinik Gigi
Ha, yang ni mesti wajib dibuat dulu. Kalau boleh sehari suntuk depan komputer masing-masing nak survey klinik mane yang ada buat braces, pastu sudah menjadi lumrah manusia yang sayangkan duit, korang akan bandingkan yang mana lebih murah. Haruslah kan, kalau kaya macam Paris Hilton tak pe jugak. Tapi untuk di Bintulu, klinik orthodontik memang non hado. Dr. Ting? Masih belum ada kepakaran kat bidang tu. So jalan penyelesaian paling dekat adalah di Miri. Jarak perjalanan hampir 3 jam. Pengsan dalam kereta tiap2 bulan. Ada dua klinik yang aku berkenan - Dr. Aziz dan Bright Smile. Aku dah call kedua2 nya. Hasilnya, aku lebih berkenan dengan suara yang jawab kol di Bright Smile. Yang Dr. Aziz tu cam kerek je nak terangkan kat aku procedure buat braces. Aku ni hati lembut tau! Lagipun, harga pun tak jauh beza antara dua klinik tu. Tapi Dr. Aziz, sebab beliau dah femes dan banyak permintaan, korang kalau tak bertuah terpaksa tunggu sebulan lebih lagi nak buat appointment. Jadi aku pun memilih Bright Smile. Borak punya borak, 1 hb Februari dah set appointment pertama. Aku cuma perlu tunggu sabtu ahad je sebelum gi jumpa doktor. Nevesnye!

Langkah Kedua: Full Check-Up
Kiteorang gerak dari Bintulu jam 9 (lepas isik minyak semua) dan akhirnya sampai (terima kasih kepada En. Waze) pada jam 11.45 am. Sampai je, terus daftar di kaunter dan tunggu doktor panggil masuk. Masa tu takde perasaan neves langsung. Redha ada la. Ye la, niat tu kena kuat kalau nak buat semua ni. Kalau dipaksa cam aku masih sekolah dulu, perut tu rasa nak memulas je pastu jantung macam nak tercabut. Lepas ditangguh banyak kali, aku kini ready untuk memakai braces. Lantak la sakit tu. Kite tolak ke tepi. Janji boleh senyum cam orang lain jugak. Tepat jam 12, aku dipanggil untuk jumpa Doktor Ang, perempuan dan masih muda. Dia buat check up gigi aku pastu cakap aku ade 3 gigi nak kene wat filling dan perlu wat scalling. Hoho, aku tak pernah lagi tampung gigi tapi sabar je la nok. Aku on je bile die cakap datang lagi jam kol 2. Bayaran Servis: RM30

Langkah Ketiga: Orthodontik Check-Up
Setiap doktor di klinik tu buat servis lain2, kire gempak la ada banyak doktor. Tak perlu tunggu lama2 nak buat appointment hari lain pulak. Kol 12 baru aku jumpa dengan Dr. Sim yang specialist buat braces. Bapak aku pun dipanggil masuk sama supaya die dapat tengok gigi anak die yang tunggang langgang nih. Lepas check je, die kata aku mungkin kene cabut dua gigi atas. Ye, aku pasrah mendengarnye walaupun die cuba sejukkan hati - mungkin tak perlu. Hm.

Langkah Keempat: Photograph, Moulding, X-Ray

Disclaimer: Getty Images
Yang ni buat sekali gus. Lepas je setuju, aku disuruh jaid model ANTM kejap, senyum, tunjuk gigi, pusing kiri, and then Snap! Woh, berpinar kejap. Die kata untuk sebelum dan selepas. Menangis aku tengok nanti. Pastu, bermula la pembuatan acuan untuk gigi aku. First, die masukkan clay yang rasanye macam plastisin kat gigi bawah. Tunggu 10 saat, doktor pun tarik keluar. Then, bahagian atas pun sama. Habis je, die suruh aku gi blik X-Ray di sebelah. Ambik masa sekejap jugak, dalam 5 minit setting pastu tunggu benda tu berpusing-pusing di bahagian kepala aku. Bayaran Servis: RM380

Langkah Kelima: Filling @ Tampung Gigi
Disclaimer: Encik Google

Habis makan tengah hari, kiteorang pun balik semula ke klinik. Kata doktor, ade satu gigi yang perlu tampung penuh manakala dua lagi bahagian atas je. Filling mengambil masa 45 minit untuk 3 gigi. Ada rasa berdengung sikit masa die simenkan dan bau2 tar kat jalan raya menusuk hidung aku. Mula2 rasa pelik lepas habis Doktor Ang buat filling. Macam ada benda melekat kat gigi belakang aku. Lama2, benda tu pun hilang. Bayaran Servis: RM82 untuk dua batang, RM90 untuk gigi yang teruk. Semuanya RM254

Langkah Keenam: Scaling
Disclaimer: Encik Google

Ye, itula yang aku ingatkan akan berlaku. Aku jumpa Dr. Alex jam 3.15 pm, bukak mulut besar2, suruh die check. Lepas die tengok X-Ray ngan gigi aku, die cakap aku kena wat Deep Cleaning. OMG. Sebab ape? Tulang gigi aku dah rapuh sebab tu gigi aku senang bergerak ke sana ke mari tanpa hala tuju. Die cakap, kalau gusi tak sihat, aku tak leh wat braces. Damn. Korang tau apa deep cleaning? Aku kene dibius (it means disuntik) untuk die bersihkan sehingga ke dalam gusi. Aku menangis lagi. tapi die kata bukan hari ni sebab benda tu ambik masa satu jam 30 minit. Klinik pun dah nak ditutup so die suggest buat hari lain. Doktor cuma bersihkan bahagian bawah je, dalam 5 gigi? Camtu la. Terpaksa buat appointment lagi. Bayaran Servis: RM35

Okeylah, itu adalah untuk appointment hari pertama. Next appointment aku, lepas tolak tahun baru cina, cuti doktor2 semua, aku dapat tarikh 24hb Februari. Dua minggu lagi baru dapat jumpa doktor. Overall, aku membelanjakan RM702 termasuk berus gigi kecik yang berharga RM3.

p/s: Gambar klinik akan dipost untuk appointment seterusnya. Lupa lak nak amik pix klinik. Hewhew~

Pengalaman Memakai Braces: Appointment 1 Pengalaman Memakai Braces: Appointment 1 Reviewed by miira sama on 8:34 PM Rating: 5

6 comments:

  1. Nak tahu kos and pengalaman seterusnya

    ReplyDelete
  2. Nak tahu kos and pengalaman seterusnya

    ReplyDelete
  3. Hello everyone, Are you into trading or just wish to give it a try, please becareful on the platform you choose to invest on and the manager you choose to manage your account because that’s where failure starts from be wise. After reading so much comment i had to give trading tips a try, I have to come to the conclusion that binary options pays massively but the masses has refused to show us the right way to earn That’s why I have to give trading tips the accolades because they have been so helpful to traders . For a free masterclass strategy kindly contact (paytondyian699@gmail.com) for a free masterclass strategy. He'll give you a free tutors on how you can earn and recover your losses in trading for free..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Dr Aziz to karit cam sampai sekarang. Engak suka nya tanya soalan banyak. Sekali marah nya arah aku. Soalankan nya perbipadi aku sama kepercayaan aku. aku cuma suara kan tentang risau aku ke dia dan soalan kan barang tu untuk apa. Cam kamu kata kan la yang dia tu karit begitau! Aduh, terasa aku baling banyak ucap dia rah aku. Sesak die hingga angkat tanggang die dalam treatment scaling nya. Bukan gambar yang kau tunjukkan. Pakai driller cam untuk cement tu! Kamu percaya tak? Aku bukan tidak pernah bersih gigi sebelumnya. Aku gitau dia aku mahu cleaning saja. Menangis aku dengan cara buat nya. Kau nasib pintar tak pilih die. Semantang mantang famous, boleh die kelakuan tidak bermoral begitu. Sesak tu jangan sampai angkat tangan dan buat orang sedih dengan sengaja die tu. Menyesal sangat aku dengan die. Kena caci, lagi lagi kenakan arah gigiku! Dengan driller sukahati nya sana sini. Orang di bawah bumi, tuhan liat dari atas tahu! Kalau aku nampak post dari awal, tak aku cari dia!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.