Review: FragranceX

My first purchased of perfume yang regenye nak hampir 1k! o.O Okey, menipu sangat huhu... Yang ni mak aku belanja sekali ngan die, bapak aku ngan adek aku yang sorang nih. Jadi aku dengan rakusnya order dua memandangkan mem besar belanja kekeke >.< So, aku ce google dan akhirnye terjumpe site nih yang menjual pelbagai produk kosmetik dan wangian dengan harga yang rendah berbanding site lain. FragranceX.com. Dalam hati, macam musykil gak nak beli tapi sebab dah janji nak cari yang murah untuk famili, so aku beranikan diri untuk order. Macam yang korang atas tu, aku cube2 order Guess Girl dan Shalimar Parfum Initial L'eau akibat terpengaruh dengan hasutan encik google yang rata-ratanya memberikan bintang yang meyakinkan aku, baunya adalah wangi. Mak aku plak nak beli 212 sexy botol yang besar sebab yang lama dah habis, ayah aku dah lama teringin nak Polo Biru selepas meminjam satu spray dari suami kazen aku (=,=) dan adek aku pulak tak nak mengalah dari kakak die, nak jugak beli dua perfume Fantasy The Naught Remix Britney Soears ngan Dazzle Paris Hilton. Berangan jadi retis le tu.

Selepas didiskaun dan ditambah ngan kos shipping, semuanya berjumlah RM935. TAPI, lepas bayar guna paypal, kos telah ditambah menjadi RM973! Sebab duit Malaysia jatuh...Cis... Jadi alkisahnya, aku membuat tempahan pada 7 Januari 2016 waktu tengahari. Tak lama lepas tu, FragranceX menghantar emel memaklumkan yang order aku telah dihantar. Pada hari yang sama! Gila laju! Bagi sapa2 yang nak tahu penghantaran jenis apa yang dieorang gunakan, tak silap aku USPS, standard pos yang siap tracking bagai. So korang boleh check tracking di laman web yang dieorang bagi dalam emel.
Dalam website dieorang, order akan sampai dalam tempoh 7-10 hari bekerja. Aku mula check pada minggu yang seterusnya dan guess what? Order aku ditahan oleh pihak kastam pada 14 Januari! Huarghh! Nangis plus nebes sekejap. Lepas item aku tersekat di KLIA, aku mula gigih baca review dari pelanggan lepas FragranceX. Sebelum ni tak baca sebab tak sabo bebeno nak belinye. Bile dah siap google, banyak plak review negative! Aku cam, whut?? Mostly adalah pasal tax dan VAT yang dikenakan bile item sampai. Aku dah jadi tak tentu hala. Tax? Cukai kastam? Aku tak pernah plak kene sebelum ni sebab pernah beli buku je. Sepanjang hari tu, aku cuba menanam ilmu dan undang-undang kastam di kepala aku yang kecik ni dan memahami sedikit sebanyak iaitu apabila ko membeli barang lebih dari RM500, memang sah ko akan kene cukai. Kalau Nak tau lebih lanjut gelojak jiwa aku, sila baca entri di sini.

Selepas dapat je barang, aku dengan rakusnya terus membukak, sambil2 tu snap gambar untuk blog minyak wangi yang telah dipesan.

Ha, macam yang korang tengok, dalam kotak tu ade benda2 putih tu pastu minyak wangi yang masih berbalut dengan plastik disusun kat bahagian bawah.


Antara minyak wangi yang aku beli. Yang menghampakan, bau Shalimar tu macam bau rempah! Warghh, aku menangis sekali lagi! Ini disebabkan terlalu percaye dengan rating tenet. Bau die tak lembut sangat, pastu lebih kepada klasik. Teringat dengan mak cik2 kat kampung...huhu... Yang Guess Girl plak, boleh la tahan bau die, RM80++ je untuk 100ml. Gile tak murah. Original lagi. Hm, nasib baik Shalimar tu RM150 je. Tu pun dah makan hati. Adek aku la yang untung, due2 perfume die beli sume wangi. Aku cam siooot je! Meks jeles! Hew~

Yang Best: Murah dan banyak gile pilihan dari yang rare sampaila yang terbaharu. Kalau nak murah lagi, gune kod Savecart untuk diskaun 10% atau FSW tak silap untuk free shipping. Tapi better amik diskaun. Saving adala lebih RM10-RM20 berbanding free shipping. Pastu, service penghantaran sangat laju. Hari tu order, hari tu jugak dieorang hantar. Memang menepati 7-10 hari sampai.

Yang tak best: Hm, ade banyak negatif pasal site ni. Tapi kalau ade duit lebih lagi, aku akan order lagi. Tapi pastikan bawah RM500! Hehe XD

Rekomen ke?: Untuk yang berani mencuba foreign site, bolehla order dari website ni. Gerenti puas hati. Bak kata reviewer yang lain, 'Kalau dapat barang, sangat puas hati. Kalau tak dapat barang, customer service macam tak wujud.' Alhamdulillah, aku sangat puas hati untuk order yang pertama ni. Next time, akan lebih berhati2 untuk elakkan cukai.

Website: FragranceX.com
Review: FragranceX Review: FragranceX Reviewed by miira sama on 2:07 AM Rating: 5

27 comments:

  1. Assalam, cik membuat pembayaran melalui apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sorry lambat reply hehe...saya byr guna paypal. Tapi ade charge tambahan. tak silap sy RM50

      Delete
  2. Saya ada juga beli. Barang kene hold sebab security card holder, dia minta 6digit code. Menyesal tak ambil option payment. Bila tanya bank. Bank tak tahu T_T apa saya nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Sy br terkene semalam. Order sy kene hold sbb 6 digit code tu..skrg status order dah cancelled tp kad kredit msh kene charged. Bank refund tak duit awk lepas tu?

      Delete
    3. Astaga...
      saya pun br je terkena ni.
      guna beli debit kad kononnya, last2 kena hold bagai.
      FragranceX trus email kata bank decline bagai.
      Call bank, minta Authorization Code, dah dpt, then email kpd FragranceX.
      Tetap decline. duit x cukop ke? Rasanya cukop sgt.
      Last2 bank nasihat, supaya tunggu je, nnt duit itu akn masuk semula dlm masa 16 hari dari tarikh pembelian. Kalo x masuk jugak, then nnt cal balik bank, dan bank akn buat report dan akan kembalikan duit tersebut.

      So, kesimpulannya, nk beli guna FragranceX ni payah utk kita org asia, terutama sekali Malaysia. So x payah la susahkan diri untuk beli kat FragranceX ni walaupun mmg murah giler perfumenya... So beli kat mall yg ada kt msia ni je la jawabnya...

      Delete
    4. Payment boleh pilih COD dah sekarang. Duit bayar bila barang sampai depan mata.

      Delete
    5. Ouh pernah try cod tak? Macam mana prosesnya. Memang akan hantar macam biasa jugak ke? Sebab ada order tapi payment memang amek cod tp sampai sekarang takdak update pun pasal barang. Risau jugak tak terima cod kat malaysia ni

      Delete
    6. Pengalaman saya beli.. sy bayar guna Bigpay. Pastu sy chat dgn org bigpay tu.. dia bg 6 digit tu.. then sy reply email fragranceX tu bg 6 digit tu.. then proceed shipping...

      Delete
    7. ada cod ke...kenapa saya tengok x ada pun...

      Delete
  3. assalamualaikum, kenapa bila check out guna paypal lagi mahal berbanding harga dalam web? contoh dekat web rm100 kalau dekat paypal dalam rm105? ada charge peritem ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Sorry lambat reply. Aah, die ade charge untuk service paypal. kirenye paypal ni ejen perantaraan antara pembeli ngan penjual so ade caj perkhidmatan.

      Delete
  4. hi...
    jutaan terima kasih di atas pengalaman anda...
    Mmg FragranceX sgt2 murah harganya kalo nk bandingkan kat harga pasaran msia ni...
    anyway, sy cuma hendak tny, adakah perfume FragranceX adalah original/authentic/legit?

    Jutaan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Original dan authentic 100% . Boleh check jeremy fragrance di youtube

      Delete
  5. hi sis.. sya pun ada oder prfume dri fragrancex ni..oder dri 28/4/2020..shipped on 10/05/2020.21/5/2020 smpai KL,25/6/2020 return ke singapore.. jauh nye pfume tu bjln.. smua negara dia dh singgah.. 😂 tp nasib baik guna COD.. total hrga pfme rm525 utk 4 botol.. gila x murah.. tp sgt bnasib baik sbab plih COD.. klau perfume tu x smpai ke tgn sya pun, x rugi apa2..ada 1 seller ni dia ambik prfume dri fragrancex jgak.. laju je smpai,estimate 2 mggu.. mgkin dia wholesale kot, tu yg cepat smpai.. klau nak beli dri dia bleh check dia punya fb@ig ummi anaqi perfume mall..dia xde ready stok.. pre oder.. deposit rm50, boleh byar 3x plak tu.. (aku siap promote plak😝😝).. sbab prnah beli dgn dia, hrga pun x jauh dri hrga fragrancex..free pstge sluruh mlysia,ada gift.. boleh tnya dia hrga pfme yg korang nak, lpas tu check hrga kat fragrancex.. ksimpulan nya,beli la dri org tgh yg kta tau dri mna dia ambik prfume tu, kta x perlu tggu lma sgt smpai kna byar plak dgn kastam.. hrrmm.. bnyk nau songeh nya kan..

    ReplyDelete
  6. Hello everyone, Are you into trading or just wish to give it a try, please becareful on the platform you choose to invest on and the manager you choose to manage your account because that’s where failure starts from be wise. After reading so much comment i had to give trading tips a try, I have to come to the conclusion that binary options pays massively but the masses has refused to show us the right way to earn That’s why I have to give trading tips the accolades because they have been so helpful to traders . For a free masterclass strategy kindly contact (paytondyian699@gmail.com) for a free masterclass strategy. He'll give you a free tutors on how you can earn and recover your losses in trading for free..

    ReplyDelete
  7. Hai boleh saye taw mcmne nk oder by cod kt web fragranceX tu sy cari xjumpe ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm dah x boleh cod kot musim covid ni. Haritu waktu lepas mco ok je cod. Sekarang mcm x boleh dah.

      Delete
    2. Syafira, sy baru place order. Dah boleh untuk cod. Baru je place order semalam (21st sept). Before that dalam 19 sept memang x boleh.

      Happy shopping!

      Delete
  8. hi mohon bantu saya , saya nak beli di fragrance x and dah siap topup paypal tapi saya confused nak bayar menggunakan paypal . ada sesiapa boleh tolong ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Tak perlu topup pun akaun paypal . Link kan dengan akauan yg anda ada . Mcm sy ,,sy guna maybank. Call bank minta aktifkan pembelian luar negara. Kmudian trus blh beli .nanti paypal tolak terus akaun kamu. Yg topup tu untuk yg ada akaun rhb bank je. Saya baru order mggu lps .blun dpt lagi. Pembelian yg pertama juga ni.

      Delete
    2. Kalau sis dah topup beli jela.. purchase guna akaun paypal..yang penting baki mesti cukup....jgn lupa follow akaun shopee saya ye sis ..hazimora perfume malaysia .. saya juga jual decant ..baru start... Kalau tak jumpa cari hazemora8995..

      Delete
    3. https://shopee.com.my/hazeemoora8995?smtt=0.0.9

      Delete

Powered by Blogger.