Buku Review: The Fire Chronicle & The Black Reckoning (The Books of Beginning)

                     

Kali ini aku nak review dua buku ni sekali gus sebab aku dah habiskan dalam minggu ni. Jadi macam penat pulak buat dua review. So kengkawan, sape2 yang nak tau ending buku ni, ready for spoiler! Jangan tikam batu kat aku sudeh sebab tak warning awal2! Hihihi.

Tajuk: The Fire Chronicle (Buku 2) dan The Black Reckoning (Buku 3, terakhir)
Penulis: John Stephens
Bilangan muka surat: 437 dan 424
Genre: Fantasi, kekeluargaan, dua dunia, pengembaraan
Blurb:
"How far would you go to save your family?"
Sinopsis ringkas:
Sambungan daripada penemuan buku pertama iaitu Atlas, tiga adik beradik ni terus mencari dua buku yang lain, dalam usaha untuk mengalahkan antagonis, Dire Magnus. Tapi ketika cuba nak selamatkan diri dari serangan Screechers, Kate terpisah dari adek-beradek yang lain dan dibawa ke zaman silam oleh Atlas. Michael dan Emma terpaksa mencari buku masing2 tanpa kakaknya yang kemudian ditemui pada pengakhiran buku kedua, tidak bernyawa lagi. Michael berjaya menemui buku kedua yang memberikannya kuasa untuk menyembuhkan dan menghidupkan semula orang yang dah mati dengan bantuan naga dan elf. Namun, untuk selamatkan Kate, Michael perlu menghidupkan semula Dire magnus.
Buku ketiga lebih memfokuskan Emma dalam pencarian Reckoning, the Book of Death. Ibu bapa adik-beradik Wibbery juga muncul dalam siri ketiga ini untuk sama2 mencari cara untuk mengelakkan anak2 mereka ini mati berdasarkan prophecy yang sudah tertulis.

Cover: 8/10
Cover untuk kedua2 buku ni tak mengecewakan dan ia mengekalkan element2 dari buku pertama seperti font, background dan juga model untuk watak utama.

Gaya penulisan: 7/10
Gaya penulisan Stephens konsisten dari buku pertama hingga terakhir da ia mudah dibaca dan difahami.

Plot penceritaan: 6/10
Berbanding Harry Potter, trilogi ini lebih ringkas dan tidak memeningkan kepala. Takde jalan cerita yang rumit dan berpusing2, tetapi lebih kepada kesan selepas setiap kali adek-bradek ni menggunakan kuasa buku tu. Sebab setiap kali guna, ia menganggu keseimbangan dunia.

Karakter: 7/10
Banyak perubahan karakter dalam dua buku ni terutamanya Michael. Dari seorang yang nerd dan tau baca buku je, dia berubah jadi lebih matang dan berfikiran luas, selain berani menyuarakan apa yang terpendam dalam hati. Walaupun takde kekuatan, tapi die gak berani jadi ketua untuk serangan ke atas makhluk Dire Magnus. Emma masih lagi kebudak-budakkan tapi berubah sedikit pada penghujung cerita apabila die sanggup korbankan diri untuk selamatkan yang lain. Kate pula terpaksa memilih antara cinta dan keluarga apabila kedua2nya tak dapat dimiliki. Hanya satu yang harus dipilih bagi memastikan dieorang dapat hidup.

Percintaan: 5/10
Buku kedua ada hint lovey-dovey antara Michael ngan Puteri Willemina, tap bagi aku mamat tu telalu muda nak bercinta. 13? Kamon, belajar pun belum habis lagi. So, agak annoying disitu. Pastu, cinta tragis adalah Kate ngan Rafe yang die jumpa pada masa lampau. Tapi taknak la gitau sape rafe kan. Hihihi, kene baca bukunye!

Keseluruhan: 7/10
Best, padat dengan aksi dan pengembaraan, gaya penulisan yang tak terlalu memeningkan. Tambahan point sebab jumlah sirinya sikit je. Bayangkan nak kene tunggu sampai 7-8 buku nak tau ending crite. Hew~ jenuh tu!

Rekomen website: mphonline.com
Bagusnye, mph ade buku kedua dan ketiga. Cuma yang pertama je takde. Sape2 yang nak, leh singgah website nih. Selagi buku ni masih ada.


Buku Review: The Fire Chronicle & The Black Reckoning (The Books of Beginning) Buku Review: The Fire Chronicle & The Black Reckoning (The Books of Beginning) Reviewed by miira sama on 11:42 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Hello everyone, Are you into trading or just wish to give it a try, please becareful on the platform you choose to invest on and the manager you choose to manage your account because that’s where failure starts from be wise. After reading so much comment i had to give trading tips a try, I have to come to the conclusion that binary options pays massively but the masses has refused to show us the right way to earn That’s why I have to give trading tips the accolades because they have been so helpful to traders . For a free masterclass strategy kindly contact (paytondyian699@gmail.com) for a free masterclass strategy. He'll give you a free tutors on how you can earn and recover your losses in trading for free..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.