Review: MPHONLINE

Okey, hari ni aku nak review pasal salah satu site yang jual buku secara online. Sebelum ni aku dah try bookdepository.com, sekarang ni nak try kite punye local website plak. Dah pernah google2 site ni, tapi belum pernah try lagi. Tapi start Mei tahun lepas, aku pun memberanikan diri mencuba dan akhirnya menjadi pembeli setia site nih. Baru sekarang aku nak review coz sebelum ni takde plak masa untuk menaip. Jom!

Aku membeli enam buah buku kali ni (sebelum ni tujuh sebab termasuk dua buku adik aku) dan melakukan pembayaran pada 7 Januari 2016. MPH ni ambil masa 2-3 hari untuk memproses order. Selepas tu, aku menerima email yang memaklumkan order aku telah dihantar pada 9 Januari 2016 iaitu hari Sabtu. Jadi, mengikut perkiraan aku, ia selalunya akan sampai ke Sarawak pada hari Selasa atau Rabu.

Tapi, alangkah terkezutnya aku apabila sampainya abam posmen pagi tadi menghantar delivery daripada MPH! Serius, yang paling laju berbanding order yang lepas. Walaupun abam posmen asyik mengomel sebab hari2 jumpa muka aku, tapi yang penting barang aku sampai. TQ abam!

Untuk pengetahuan korang, MPHOnline menggunakan khidmat poslaju untuk penghantaran.


Kemudian, buku2 tu akan dibalut dengan bubble wrap sebanyak dua kali bagi memastikan ia tidak terkoyak atau renyuk.

Antara koleksi buku baru aku (kekeke)


Harga: Selepas diskaun, ia akan jadi jauh lebih murah daripada yang lain. Buku2 yang aku beli kat atas ni range harga die antara RM35-RM37 je.

Yang Best: Banyak diskaun untuk MoRewards Kalau korang nak apply senang je. Just spend RM100 keatas dan korang akan automatik akan jadi member. Kelebihannya ada banyak tapi yang selalu dapat macam diskaun 10 peratus untuk setiap buku, tambahan 5 peratus lagi untuk buku yang sedang promosi dan paling best, 25 peratus pembelian pada hari jadi. Selain tu, penghantaran PERCUMA bagi order lebih RM80. Tapi kalau berat lebih 20kg, lain pulak cajnya.
Pastu, banyak promosi. Setiap bulan ade je promo kalau korang rajin surf site dieorang. Then, lebih cepat sebab ambil masa 2-3 hari untuk sampai ke depan pintu rumah korang.

Yang tak best: Tak banyak pilihan berbanding bookdepository, tapi still lebih banyak daripada kedai buku Popular di bandar aku. Yang tu, dua bulan baru keluar buku baru. Jenuh nak tunggu. Aku nak try request buku. Kalau dah nanti, aku hapdate plak post nye.

Rekomen ke?: 100 percent rekomen. Sebab ia lebih selamat, pantas, kos penghantaran percuma* dan ada banyak juga pilihan buku.

Laman Sesawang:. mphonline.com


Review: MPHONLINE Review: MPHONLINE Reviewed by miira sama on 11:10 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Hello everyone, Are you into trading or just wish to give it a try, please becareful on the platform you choose to invest on and the manager you choose to manage your account because that’s where failure starts from be wise. After reading so much comment i had to give trading tips a try, I have to come to the conclusion that binary options pays massively but the masses has refused to show us the right way to earn That’s why I have to give trading tips the accolades because they have been so helpful to traders . For a free masterclass strategy kindly contact (paytondyian699@gmail.com) for a free masterclass strategy. He'll give you a free tutors on how you can earn and recover your losses in trading for free..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.