Pengalaman Memakai Braces: Apointment 2 dan 3

                                                           Disclaimer: Encik Google
Langkah Ketujuh: Deep Cleaning

Dah pasang braces ni, lupe plak nak update. Huhu... Lamde dah tak bukak blog. Semalam bukak, ade request dari pembaca, nak tau pengalaman dan kos seterusnye. Oleh itu, hari ini aku akan menceritakan apa yang aku lakukan sebelum dan selepas memakai braces.

Macam yang korang dah baca dalam post yang lepas, aku mesti dan wajib buat Deep Cleaning supaya tulang gigi aku jadi kuat dan sihat macam harimau. Chewah >.<  Sepatutnya, appointment Deep Cleaning pada jam 2 petang, tapi disebabkan Dr. Alex ade hal, dieorang setkan jam 11.45 pagi. Den terime ajelah. Maka berangkatlah kami ke Miri seawal jam 8 pagi untuk memenuhi azam tahun baruku ini iaitu memasang braces.

Sampai-sampai je, aku terus masuk sebab tak ramai orang. Nasib aku ni bukan bekerja office hour. Kalau tak, mane dapat time weekdays. Mau2 weekend, dahtu appointment selalu full. Hur... Masuk je, terus baring dan Dr tanye lagi, dah ready ke? Iyela, mesti kuat minda dan fizikal sebab kene kene bius kan. Dalam hati aku merungut, dah datang sini, takkan nak balik pulak. Lol.Lepas setuju, dieorang pun ready dengan injection yang besar gedabak sambil suruh aku tenangkan diri =,=.

Orang kata bius sakit masa cabut gigi tapi aku rasa time dieorang cabut tu lagi sakit dari dibius. Sebabnye, aku kene bius lebih dari 10 kali, mungkin 12 tapi rase sakit tu takde. Mungkin jugak sebab jarum tu sangat halus atau keprofesionalan doktor Alex, jadi takde rase sakit langsung. Lepas bius je, macam biasa, korang akan rasa mengembang semacam dan cam takde mulut. Pastu, die akan masukkan benda alah ni yang paksa korang nganga gigi luas2.

Lepas 10 - 15 camtu, proses cleaning pun bermula. Ade part yang takde rase ape2, ade part rase nyilu tu masih ade. Aku tabahkan hati aje sebab nak cepat habis. Proses ni mengambil masa 1 jam 30 dan kalau ikutkan jam appoinment, aku sepatutnya perlu jumpa Dr. Sim. Tapi disebabkan terlebih waktu, maka waktu appointment dianjakkan ke jam 3. Damn lagi.

Disebabkan gigi mengambil masa untuk sembuh, aku disarankan jumpa balik dalam tempoh 2 minggu. Mengambil kire aku dari Bintulu, nurse cube setkan hari yang mana Dr. Sim free jugak spy tak perlulah aku ulang alik banyak kali. Cari punya cari, aku dapat 5 April. Sebulan! Katanye, Dr. Sim dah penuh. Iyela nok, terime jelah. Bayaran Servis: RM820

**Kesan Deep Cleaning

Untuk pengetahuan korang yang nak buat deep cleaning, aku tak taula effectnya berbeza dengan semua orang tapi lepas buat deep cleaning, gusi akan rase berdengung dan nyilu. So, korang kene prepare panadol supaya dapat tidur malam. Pergh, memang tak dapat makanla gua cakap lu. Makan bubur je sebab gusi masih berdarah.

Bangun je pagi, bukak2 mulut, penuh dengan darah beku! *faint* Dalam satu hari tu, tak kisahlah berapa banyak kali berkumur, darah tetap akan mengalir keluar macam vampire kelaparan. Kakaka. Naisb baik sehari je. Kalau tak mau kene anemia.

Langkah Kelapan: Pemeriksaan Terakhir

Pukul 3 pm, jumpa Dr. Sim balik. Lepas die check, die bagi dua option dengan aku. Nak cabut dua batang gigi masa next appointment atau tengok dulu dalam tempoh 5 bulan. Mane tau, susunan gigi masih boleh teratur walaupun ruang yang ade untuk gigi bergerak sangat sikit. Aku pilih yang kedua sebab sayang nak hilangkan lagi gigi kekal walaupun aku tengok, ade keperluan untuk gigi tu dicabut. Tapi, lantaklah. Kite venture dulu.

Langkah Kesembilan. Braces



Aku setkan masa jam 1.30 petang sebab tak nak ayah aku penat time driving. Tapi tidak disangka pula, ade hal emergency dan aku perlu balik sebelum malam. Dengakn konfidennye aku gitau yang appointment kali ni cuma check gigi sebelum pasang braces. Sangkaan aku meleset sekali. Lepas je aku cuci gigi (lagi...), nurse tu cakap aku pasang terus hari ni. Horror sekejap T.T. Seriesly, memang belum ready mental dan fizikal. Baru je beli chewing gum ngan coklat. Belum sentuh pun lagi! Aku menangis di dalam hati.



Masuk je, aku lemparkan senyuman terpaksa. Aku tanye nurse, lame ke nak pasang braces. Sambil tersenyum, die cakap "Just 30 minutes sebab Dr. Sim sangat efficient." Oh... kataku. Baring je, nurse bagi aku sekeping papan bersaiz A4 dan dalam tu, ade 35 warne getah. Aku pilih dark purple sebab kononnye, nak samekan dengan warna kereta dan dompet. Motip? Huhu, pastu doktor letakkan benda putih macam kat gambar tu dan letakkan gam sebelum tampalkan brackets. Lepas je tampal, dieorang akan pancarkan satu alat yang keluarkan cahaya untuk mempercepatkan proses pengeringan gam. Time tampal tu memang takde rase sakit langsung, tapi mase nak letak getah (rubber band) dan arch wires tu, korang akan rase gigi diketatkan. Tempoh pemasangan dalam 45 minit. Bayaran Servis: RM2,000

**Pilihan Braces dan Bayaran

Bright Smile tawarkan dua jenis braces iaitu:

1. Metal Braces yang boleh tukar2 warna getah tu. Harga: RM7,200

2. Ceramic Braces yang clear macam tak pakai braces. Harga: RM7,600

Kaedah bayaran:

1. Lumsum (Sekaligus, ade potongan 5 atau 10% tak silap aku)

2. Ansur-ansur (RM260 sebulan untuk tempoh 20 bulan, bayaran pendahuluan RM2000)

Aku pilih metal braces sebab seronok tengok warna getah yang berwarna-warni. Pastu, kate doktor, yang jenis ceramic punye mudah kotor. Kalau makan kari, tak pasal2 warna bracket bertukar kuning. Tak kuasa aku! Bab bayaran, kalau mampu, bolehla pilih yang pertama tapi yang biase2 macam aku ni, kaedah kedua adalah yang terbaik.

Okey, itu saje yang aku nak ceritakan. Untuk next post, aku akan gitau pengalaman selepas memakai braces dan masalah yang lazimnya dihadapi oleh pemakainya. Chau dulu!



Pengalaman Memakai Braces: Apointment 2 dan 3 Pengalaman Memakai Braces: Apointment 2 dan 3 Reviewed by miira sama on 11:16 PM Rating: 5

13 comments:

  1. Teruk ke keadaan gigi mira before pakai tu?price charge ikut condition gigi kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk tu tak jugak cm gigi atas kedepan sikit pastu ade due gigi pusing 90 darjah. Huhu... segan jgk time tu. Hm...rsnye hrge ikt keadaan gigi. Kalau braces atas je, x mhl sgt.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. I see..good share mira..ana ingt nk g check next weekend..any tips for me before check up?:)

      Delete
  2. Hai mira. Byran ansuran RM2000 tu sama tak dgn RM2000 yg masa pasang braces? Ke lain2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Aah, bayaran RM2,000 servis pemasangan braces tu termasuk dalam kos pemasangan braces. Kirenya bayaran pendahuluan :)

      Delete
    2. Hi. Aah, bayaran RM2,000 servis pemasangan braces tu termasuk dalam kos pemasangan braces. Kirenya bayaran pendahuluan :)

      Delete
  3. hi miraa. nak tanya bayaran masa appointment 1 tu lain lain ke dengan appointment 2?

    ReplyDelete
  4. Nak tnya kesan pakai braces mmg gigi dpn goyang ke?

    ReplyDelete
  5. If you set out to make me think today; mission accomplished! I really like your writing style and how you express your ideas. Thank you.
    Ceramic Braces Vs Metal Braces – Common Attributes

    ReplyDelete
  6. Berapa lama eh nak kena pakai braces tu?

    ReplyDelete
  7. Hello everyone, Are you into trading or just wish to give it a try, please becareful on the platform you choose to invest on and the manager you choose to manage your account because that’s where failure starts from be wise. After reading so much comment i had to give trading tips a try, I have to come to the conclusion that binary options pays massively but the masses has refused to show us the right way to earn That’s why I have to give trading tips the accolades because they have been so helpful to traders . For a free masterclass strategy kindly contact (paytondyian699@gmail.com) for a free masterclass strategy. He'll give you a free tutors on how you can earn and recover your losses in trading for free..

    ReplyDelete
  8. Mira! Mana post selanjutnya? Eski juga nak i liat hasilan braces lepas buka!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.