Buku Review: Deep Blue

Tajuk: Deep Blue (Waterfire Saga #1)
Penulis: Jennifer Donnelly
Bilangan muka surat: 336
Penerbit: Hodder Children's Book
Genre: Fantasi, makhluk laut, persahabatan
Sipnosis ringkas:
Buku ni berkisarkan seekor puteri ikan duyung bernama Serafina yang sedang kalut memikirkan hari perkahwinannya dengan Putera Mahdi. Tapi dalam tengah dok kalut fikir tu, dia sentiasa bermimpi berjumpa dengan ahli sihir sungai, Baba Vraja yang mengarahkannya mencari enam ekor ikan duyung lain untuk selamatkan negaranya. Jadi, berpandukan mimpi dan arahan ahli sihir tu, dia pun memulakan pengembaraan bersama dengan sahabat baiknya, Neela.

Cover: 9/10

Cover yang cun ni lah yang menggoda aku untuk terus membelinya tanpa berfikir 2-3 kali.

Gaya Penulisan: 5/10

Okey, untuk baca buku ni, korang perlukan senaskah kamus kat sebelah yang setebal Oxford. Sebabnya, ayatnya kebanyakannya panjang ditambah dengan perkataan yang memerlukan aku membuka kamus ni setiap kali stuck kat mana-mana muka surat. Yang tak bestnya lagi, korang perlu refer glossary buku ni coz si Donnelly ni gunakan terms2 dia sendiri seperti Merl yang bermaksud ikan duyung (bukan mermaid okey) atau Terraggogs (manusia cam kita ni). Mungkin ada yang suka terms2 ni, tapi bagi aku mem-blurkan lagi kepala otak aku dan secara tidak langsung, menurunkan minat aku untuk membaca lebih lanjut.

Plot penceritaan: 6/10

Cerita dia menarik. Tak ramai yang buat tentang konflik dunia mermaid nih tapi hampir 80 muka surat pertama tu, beliau hadamkan benda2 yang tak penting dan tak berkaitan dengan plot utama cerita nih. Dan 80 muka surat itu juga, Donnelly nak pembaca memahami dan mempelajari terms2 yang disebutkan tadi itu. Macam introduction ke dunia mermaid la gitu. Selain tu, background dan alam cerita ni aku rasa dibuat untuk kanak-kanak yang minatkan The Little Mermaid. Cuba korang bayangkan, mermaid cite nih pakai baju sutera dan bukannya bra yang ala2 kulit kerang tuh! Dan Serafina ni ada haiwan peliharaan iaitu seekor sotong! *pengsan* Okey. Apa2 pun, selepas serangan ke atas negara Serafina, barulah start konfliknya. Dia perlu lari dari askar yang evil, berlawan dengan raksasa dan berjumpa dengan merl yang lain.

Karakter: 6/10

Heroin kita, Serafina takla se-annoying macam Bella (eh, eh!) yang tak buat apa2, tapi dapat protection dari banyak lelaki gojes. Tapi tak banyak perubahan watak sebab dia ni memang sudah sedia ada cantik, bertanggungjawab dan berani. Jadi, perkembangan tu belum nampak lagi. Tak tau la dalam buku sequelnya nanti.

Percintaan: 3/10

Ha, bagi yang jiwang karat, percintaan yang perlu tempuh lautan ketujuh atau renangi lautan api tu memang wajib kan? Tapi, jangan harap sangat dalam buku first ni. Watak lelaki, Putera Mahdi tu muncul dalam 80 muka surat tu je! Takde adegan yang membuai rasa mahupun membuatkan anda rasa di alam fantasi dengan kekasih hati. Selepas serangan tu je, watak sampingan ni lenyap. Mostly, buku ni lebih memfokuskan persahabatan antara ikan duyung tu.

Keseluruhan: 5/10

Uit, dasat jugak score aku bagi nih! Haha. Kalau korang nak buku cinta macam Ariel Th Little Mermaid tu, letak je balik buku ni kat rak MPH atau Popular sebab non ada! Bagi yang sukakan konflik dan politik, silalah mencuba tapi bagi penggemar ikan duyung (macam aku ni), boleh la jadikan koleksi setempat.

Sekuel:

Rogue Wave
Dark Tide















Buku Review: Deep Blue Buku Review: Deep Blue Reviewed by miira sama on 4:05 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Hello everyone, Are you into trading or just wish to give it a try, please becareful on the platform you choose to invest on and the manager you choose to manage your account because that’s where failure starts from be wise. After reading so much comment i had to give trading tips a try, I have to come to the conclusion that binary options pays massively but the masses has refused to show us the right way to earn That’s why I have to give trading tips the accolades because they have been so helpful to traders . For a free masterclass strategy kindly contact (paytondyian699@gmail.com) for a free masterclass strategy. He'll give you a free tutors on how you can earn and recover your losses in trading for free..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.