Buku Review: The Forbidden Wish


Korang peminat cerita Aladdin? Suke cerite2 fantasi yang berkisarkan jin ngan magik tapi diselitkan dengan unsur romantik? Buku ni untuk korang!

Tajuk: The Forbidden Wish
Penulis: Jessica Khoury
Bilangan Muka Surat: 340
Genre: Fantasi
Harga: RM64.95 (Hardcover)
Blurb:
                               "She is the most powerful jinni of all,
                                 He is a boy from the streets,
                                 Their love will shake the world..."

Sinopsis Ringkas:
Kalau korang pernah tengok movie Aladdin time kecik2 dulu, cube bayangkan jinni biru yang gemok gedempol tu ditukarkan dengan jin berjantina perempuan. Ha, macam tu alkisahnya. Mengikut premis asal movie Disney tu, yang bezanya cerita ni dikaitkan dengan politik. Puteri yang ingin kerajaannya dipertahankan daripada tangan pak ciknya yang tamak, Aladdin yang ingin membalas dendam atas kematian mak bapaknya ngan Zahra, jin yang idamkan kebebasan.

Cover: 8/10
Purple adalah salah satu warna favorite aku - bahkan dompet, kereta ngan getah braces yang aku guna sekarang pun warna purple. Kekeke, mmg penggila warna tu. So, bagi aku cover ni memang sangat cun. Simple tapi cukup attractive. The end.

Gaya Penulisan: 7/10
Khoury menggunakan kata ganti nama pertama untuk cerita ni. Jadi kita berada dalam pandangan Zahra sepanjang perjalanannya untuk mencari kebebasan. Bagi aku, ayat yang digunakan tak rumit dan senang untuk difahami lebih2 lagi sebab beliau gunakan kata ganti nama pertama. Bagi aku, cara tu mudah kalau korang seorang penulis. tapi untuk fahami jalan cerita dari pelbagai view, kata ganti nama ketiga lebih senang dan lebih meluas.

Plot Penceritaan: 6/10
Plot cerita ni meminjam Aladdin versi Disney kecuali si jinni adalah seorang perempuan dan Puteri Jasmine diubah nama serta perwatakannya yang merompak untuk rakyat, ala-ala Robin Hood. Antagonis cerita ni, memegang watak seperti Jafar, bukan sebagai penasihat tetapi adik kepada si sultan. Premis cerita ringkas, in fact korang mungkin takkan sedar cerita ni dah nak habis sebab tak banyak sangat plot. Aladdin jumpa lampu tu, Zahra ditawarkan kebebasan oleh ketua jin dengan syarat bebaskan anaknya yang ditahan di istana. Tapi ada apa dengan Forbidden Wish? Apa hajat yang dilakukan oleh Aladdin dan adakah Zahra akan menemui kebebasannya, korang kene bace! Hehe :D

Karakter: 6/10
Sebagai watak utama dan narator, Zahra diselubungi misteri - kenapa dia digelar pengkhianat oleh semua orang termasuk jin yang lain. Dia seorang yang bijak mempergunakan kelemahan Aladdin, mempunyai kuasa yang lebih daripada jin yang lain tetapi masalah Zahra adalah mudah lemah dengan perasaan sendiri. Jeng3...masuklah adegan romantik githeww~ Manakala Aladdin, seperti yang dicerminkan dalam movie Disney adalah seorang pencuri jalanan yang mempunyai mulut manis seperti gula-gula (lol) dan kepakaran paling besar Aladdin adalah berbohong. Sebab itu dia senang2 je jadi putera palsu dan carikan ramai hati penghuni istana, well, kecuali puteri tu. Namun dia masih mengekalkan karakter positif iaitu baik hati walaupun jiwa memberontak nak balas dendam untuk mak bapak die.

Percintaan: 8/10
Tunjang kepada buku ni, selain hal politik, adalah hubungan antara Aladdin ngan Zahra yang dihalang oleh kemahuan Zahra disebabkan oleh Forbidden Wish. Cinta dieorang bukan instalove, tetapi lebih kepada step by step - yang mana Zahra mula menyedari keistimewaan Aladdin dan secara tidak sedar, jatuh hati dengan sikapnya yang easy going dan baik hati. Percintaan dieorang juga yang menentukan sama ada Zahra akan bebas atau tidak, sama ada kukuh atau sekadar bertepuk sebelah tangan.

Keseluruhan: 7/10
Nak tengok Aladdin versi lain? Buku ni pilihan korang.

Rekomen website: www.mphonline,com



Buku Review: The Forbidden Wish Buku Review: The Forbidden Wish Reviewed by miira sama on 1:34 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Hello everyone, Are you into trading or just wish to give it a try, please becareful on the platform you choose to invest on and the manager you choose to manage your account because that’s where failure starts from be wise. After reading so much comment i had to give trading tips a try, I have to come to the conclusion that binary options pays massively but the masses has refused to show us the right way to earn That’s why I have to give trading tips the accolades because they have been so helpful to traders . For a free masterclass strategy kindly contact (paytondyian699@gmail.com) for a free masterclass strategy. He'll give you a free tutors on how you can earn and recover your losses in trading for free..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.